Asal-usul istilah Orang Suluk

Tausūg

Tausug berasal daripada dua suku kata "Tau" (disebut Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sūg" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Diketahui Kepulauan Sulu terdiri daripada ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya ialah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan kawasan lain di Nusantara.

Perkataan "Sulog" atau Sulug pula berasal daripada bahasa Bajau yang bererti arus. Lantaran itu, sebutan Sulog/Suluk sebenarnya daripada kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang Sulog ataupun orang arus. Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperti Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanao) dan Sharif Ali (Brunei) atau dikenali sebagai Shariff Pituh atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau Arus.

Satu lagi tafsiran perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Sepanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermati-matian memerangi kaum ini dengan mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Oleh sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) ialah gelaran Sepanyol kepada Tausug. Salah satu bukti keberanian orang Suluk ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.

"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

Suluk

Asal dan Permulaan istilah Suku Suluk.

1878 dalam perjanjian Sulu dalam jawi disebut Suluk atau Solok merujuk Kesultanan Sulu ,negeri Suluk@Solok bukan membawa maksud bangsa Suku Suluk.

1889 British masih pakai istilah Sooloo merujuk suku kaum bagi maksud Suluk hari ini.

Dalam Ordinan 1952 barulah dinyatakan sebagai suku Suluk Sabah.

Bermakna penggunaan istilah Suluk merujuk suku kaum telah lewat digunapakai iaitu pra pembentukan Malaysia 1963.

Bagaimana suluk dapat namanya itu adalah dari nama Kesultanan Sulu atau dari Negeri Suluk itu sendiri. Suluk merujuk negeri solok atau kesultanan Sulu.

Apakah nama Suluk sebelumnya 1952, seperti dalam keratan catitan British tertera iaitu orang Sooloo ,jika dalam bahasa Sug yang biasa Suluk sebutkan adalah orang Sug atau Taosug. Suluk dulu adalah Taosug. Tiada perlu dokumen seperti sekarang.

Jika Asree Eladji menggunakan istilah Solok@Suluk merujuk sejarah orang Sulu di Melaka atau di selatan Filipana dan dimana saja, itu tidak tepat kerana zaman dulu tidak ada suku bangsa bernama Suluk. Perkataan Suluk @solok pada catitan perjanjian 1878 misalnya merujuk sebuah negeri bukan satu suku bangsa. Penggunaan nama Suluk sebagai suku bangsa adalah bermula 1952 dalam ordinan pra pembentukan Malaysia 1963.

Jadi asal istilah Suluk adalah gelaran yang diberikan oleh pemerintah zaman dahulu yangMelihat satu suku kaum peribumiDi Borneo' Sabah yang sibuk beribadah mendekatkan diri pada tuhan.Maka pemerintah zaman dahulu memberi gelaran suku ini dengan nama(suluk).

Suluk secara harfiahnya berertiMenempuh(jalan).Dalam kaitannyadengan agama islam dan sufisme,Kata suluk bererti menempuh jalan(Kerohanian) untuk menuju Allah.

Oleh sebab itu, hanya dinegeri Sabah digunakan penggunaan nama bangsa suluk tidak digunakan difilipina atau kerajaan sultan sulu.

Pemerintah zaman dahululah yang memberikan gelaran tersebut kepada suku kaum suluk peribumi di Borneo sabah pada ketika itu,dan sehinggalah sekarang masih digunakan penggunaan nama tersebut di sabah Malaysia.Dan agama rasmi bangsa suluk adalah islam.

Rujukan

WikiPedia: Orang Suluk http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/c... https://web.archive.org/web/20131215041147/http://... https://www.facebook.com/109463554770934/photos/a.... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0... https://www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%2... https://www.google.com/search?tbm=nws&q=%22Orang+S... https://www.google.com/search?&q=%22Orang+Suluk%22... https://www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Orang... https://scholar.google.com/scholar?q=%22Orang+Sulu... https://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%...